fbpx
AHMAD Maslan bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar Program Aspirasi Kerjaya Pembinaan CIDB 2025 di MITC Ayer Keroh, Melaka.Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

Sewa BIM kompetitif bantu kontraktor kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kadar sewa kompetitif bagi penggunaan infrastruktur di Makmal Building Information Modelling (BIM) diyakini dapat membantu kontraktor G1 hingga G4 merancang projek pembinaan dengan lebih cekap dan berkesan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak 16 makmal BIM akan dibina di seluruh negara dengan peruntukan RM40.2 juta bagi memperkukuh akses kontraktor kecil terhadap teknologi tersebut.

Menurutnya, pemain industri pembinaan khususnya kontraktor kecil tidak perlu menanggung kos tinggi membeli lesen, peralatan serta perisian BIM yang sebelum ini membebankan.

“Jika setiap syarikat diwajibkan menggunakan BIM, mereka perlu mengeluarkan kos besar.

“Jadi, melalui makmal BIM ini, kontraktor G1 hingga G4 boleh datang ke pejabat CIDB Malaysia untuk menyewa peralatan dan perisian pada kadar kompetitif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Aspirasi Kerjaya Pembinaan CIDB 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Maslan memaklumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut merancang membina Akademi Binaan Malaysia (ABM) serta cawangan baharu CIDB di Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI