KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke 17 (PRN17) Sabah diadakan.
Hajiji membuat pengumuman berkenaan sempena Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Sabah Bersama Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan di Menara Kinabalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman sejurus mengadakan pertemuan pada pagi Isnin.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar pukul 8.51 pagi tadi.
Difahamkan pertemuan itu adalah bagi mendapatkan persetujuan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November depan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata demikian dalam sidang media di DUN Sabah pada Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE