fbpx
GAMBAR dari udara menunjukkan pasukaan penyelamat bekerja di sekolah pondok Al Khoziny di Sidoarjo, Jawa Timur semalam. – AFP

Korban sekolah tahfiz runtuh meningkat 54 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Angka kematian akibat sekolah tahfiz runtuh di Indonesia meningkat kepada 54 orang, kata beberapa pegawai ketika pasukan penyelamat mencari lebih 12 mangsa yang masih hilang.

Sebahagian bangunan bertingkat di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur itu runtuh  tiba-tiba minggu lalu ketika para pelajar berkumpul untuk solat Asar.

“Kami telah menemui 54 mangsa yang terkorban termasuk lima cebisan mayat,” kata pengarah Badan Pencarian dan Pertolongan(Basarnas), Yudhi Bramantyo dalam sidang akhbar hari ini.

Pasukan penyelamat masih bekerja tanpa henti di runtuhan sekolah berasrama penuh itu.

“Kami berharap dapat menyelesaikan operasi mencari dan menyelamat juga hari ini (Isnin) dan akan menyerahkan jenazah (kepada keluarga mangsa),” kata Yudhi.

Kemalangan itu adalah bencana paling berdarah di Indonesia setakat tahun ini, kata timbalan ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana  (BNPB), Budi Irawan,

Sekurang-kurangnya 13 orang masih hilang, tambahnya.

Keluarga mangsa yang hilang bersetuju pada Khamis lalu untuk pasukan penyelamat menggunakan  peralatan berat, selepas ‘tempoh kritikal’  72 jam sebelum peluang menemui mangsa masih hidup sangat tipis. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI