fbpx
HARI Sukan Negara mampu memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. - IHSAN PENGANJUR

Pos Malaysia semarakkan HSN 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) tampil bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025 yang bertemakan Malaysia Aktif dengan dua acara kemuncak akan berlangsung di Ipoh dan Pulau Pinang.

Acara utama HSN 2025 yang dijadualkan berlangsung 11 Oktober depan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Penganjuran itu dijangka mampu menarik lebih 300,000 penyertaan di Perak serta 5.2 juta peserta di seluruh negara melibatkan rakyat dengan pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer menyatakan rasa bangga kerana pihaknya menjadi sebahagian daripada usaha besar kerajaaan dalam menyatukan rakyat menerusi sukan.

“Pos Malaysia berbesar hati menjadi Rakan Strategik Logistik Rasmi HSN 2025 dan akan memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kelancaran semua urusan logistik di Perak dan Pulau Pinang,” katanya.

Pada HSN kali ini, ia akan menampilkan pelbagai aktiviti sukan secara percuma termasuk berbasikal, larian, berjalan, bola sepak jalanan, memanah, gusti lengan, frisbee, lompat tali, ‘cup stacking’ dan banyak lagi.

Tambah Brewer, HSN boleh dianggap sebagai platform terbaik bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia serta sejajar dengan komitmen Pos Malaysia menghubungkan kehidupan dan perniagaan.

“Hari Sukan Negara adalah platform penting untuk membina masyarakat sihat, bersatu padu dan bersemangat. Pos Malaysia mengambil peluang untuk menyumbang ke arah pembinaan komuniti aktif serta mempromosi gaya hidup sihat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI