JAKARTA – Seorang lelaki di Bekasi, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa dia kerap menemui kelibat pocong di sekitar rumah selepas isterinya bersalin, lapor portal berita Satu.
Lelaki dikenali sebagai Rio, 37, menemui pocong itu sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) di celah-celah pokok kelapa dan pisang.
“Isteri saya baru bersalin jadi saya hanya duduk di rumah. Pocong itu muncul pada waktu malam sebelum rakan-rakan saya datang.
“Saya segera memberitahu penduduk lain, kebetulan mereka sedang menghadiri majlis tahlil di hadapan rumah kami,” katanya.
Rio menggambarkan kelibat itu memiliki susuk putih dan badan yang runcing.
“Sekali pandang nampak macam kain kafan dan runcing. Semasa isteri saya mengandung dan bersalin, pocong itu sudah muncul empat kali,” tambah Rio. – AGENSI