fbpx
SAIF ALI KHAN

Kena cium pipi penerbit 10 kali baru dapat bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAIF Ali Khan hari ini merupakan antara pelakon yang disegani di Bollywood. Namun siapa sangka, sebelum berjaya menempa nama, suami kepada Kareena Kapoor itu pernah lalui detik hitam dalam hidupnya.

Menerusi wawancara bersama sebuah majalah, Saif yang juga anak kepada pelakon veteran Sharmila Tagore itu mendedahkan, pernah dibayar gaji sebanyak 1,000 rupee (RM47) seminggu.

Apa yang paling mengejutkan setiap kali hendak mengambil gajinya, dia akan dipaksa untuk mencium pipi seorang penerbit filem wanita sebanyak 10 kali.

Dedah pelakon filem Kya Kehna itu lagi, biarpun dia merupakan anak kepada pelakon terkenal dan pemain kriket, namun nasibnya tidak begitu baik.

“Sewaktu awal pembabitan saya sebagai pelakon pada era 1990-an, saya selalu diberi watak pembantu. Filem-filem yang ditawarkan kepada saya juga tidak meletup di pawagam. Hanya selepas tahun baru saya dapat filem yang bagus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI