fbpx
Himpunan Sumud Flotilla yang dianjurkan Ultras Malaya di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat malam ini.

Himpunan Sumud Flotilla: Ultras Malaya cetus gelombang ketiga di Kedutaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Himpunan Sumud Flotilla (HSF) menyaksikan gelombang ketiga yang disertai ratusan peserta daripada Ultras Malaya di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini hari ini.

Mereka yang berpakaian serba hitam mula berkumpul di Jalan Tun Razak sebelum berarak dengan membawa kain rentang ‘Merdeka Palestin’ menuju ke Kedutaan AS kira-kira pukul 9 malam.

Mereka dilihat turut melaungkan nyanyian solidariti buat penduduk Gaza di Palestin sambil membakar suar bewarna merah.

Himpunan tersebut diadakan sebagai protes berhubung tindakan Israel menahan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GFS).

Mereka juga antara lain menuntut pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan serta mengecam kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Tinjauan wartawan Kosmo! di sini mendapati himpunan berlangsung dalam keadaan terkawal dengan dipantau rapi Polis Diraja Malaysia.

Sebelum ini, dua himpunan awal berlangsung secara aman sekitar pukul 12 tengah hari dan 4 petang yang dihadiri lebih 5,000 peserta.

Difahamkan, HSF turut akan diadakan di lokasi sama pada pukul 2 petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI