fbpx
PETUGAS kecemasan berada di lokasi kejadian di Manchester hari ini. - BBC

2 mati serangan di luar rumah ibadat Yahudi di Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sekurang-kurangnya dua orang mati dalam rempuhan kereta dan tikaman di luar sebuah rumah ibadat Yahudi di Manchester, utara England hari ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.

Serangan berlaku pada hari perayaan bangsa Yahudi, Yom Kippur.

Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan serius. Suspek penyerang mati selepas ditembak polis, kata pihak berkuasa Manchester.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Keir Starmer akan pulang awal ke Britain daripada mesyuarat para pemimpin Eropah di Denmark untuk mempengerusikan mesyuarat keselamatan negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI