fbpx
ASRI (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu jemputan ketika majlis pelancaran model motosikal baharu daripada Mforce.

Mforce lancar lima model motosikal baharu, kukuhkan kedudukan di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce Bike) mengukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal tempatan dengan pelancaran lima model baharu yang bakal memberi saingan hebat di pasaran.

Model motosikal yang dilancarkan tersebut adalah daripada jenama SYM dan WMOTO merangkumi segmen skuter, super moped dan cruiser.

Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike, Asri Ahmad berkata, model-model terbaharu ini bukan sahaja tampil dengan rekaan moden dan ciri-ciri inovatif, malah ditawarkan pada harga mampu milik bagi memenuhi permintaan pelbagai segmen pengguna.

Menurutnya, mereka melancarkan tiga skuter iaitu SYM CRUISYM 400i, SYM NAGA 155 dan WMOTO EZ125i.

“Perang skuter belum tamat dan kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan tiga buah skuter terbaharu yang bakal memberi saingan di pasaran dan sekaligus memberi pilihan kepada peminat skuter di Malaysia.

SYM NAGA 155 antara model baharu yang dilancarkan.

“Selain itu, kami juga melancarkan super moped terbaharu iaitu SYM VFE185i yang telah diubah penampilannya dan ditambah dengan ciri-ciri terkini berbanding versi sebelum ini,” katanya ketika majlis pelancaran model motosikal tersebut.

Tambahnya, mereka juga turut melancarkan WMOTO CRUISER  AMT 125 yang mempunyai reka bentuk klasik dan unik dan dilengkapi dengan sistem enjin automatik.

Model-model terbaharu yang dilancarkan tersebut telah diedarkan ke seluruh pengedar Mforce di seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Asri berkata, bermula tahun 2024 sehingga sekarang prestasi jualan motosikal keluaran Mforce telah menunjukkan peningkatan yang sangat positif.

“Malah kita juga mencatatkan hasil jualan tertiggi dalam sejarah Mforce serta mencatatkan pegangan pasaran hampir 16 peratus untuk motosikal dan 85 peratus untuk motosikal elektrik (EV) di Malaysia. 

“Prestasi dan pencapaian terbaik ini adalah hasil daripada sokongan semua yang sentiasa memberi sokongan untuk dan semangat kepada Mforce untuk terus maju kehadapan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI