fbpx
Serpihan dari angkasa lepas itu jatuh di sebuah ladang di bandar Puerto Tirol pada Khamis lalu. - Jam Press

Objek berbulu jatuh dari langit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Seorang petani di Argentina terkejut apabila sebuah objek logam berbulu gergasi berbentuk silinder jatuh dari langit dan mendarat di ladang miliknya, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Objek misteri sepanjang 1.7 meter dan lebar 1.2 meter itu jatuh di sebuah ladang di bandar Puerto Tirol, wilayah Chaco pada Khamis lalu. 

Pemilik ladang tersebut, Ramon Ricardo Gonzalez segera menghubungi polis yang kemudian membawa pakar pemusnah bom untuk memastikan bahawa ia bukan bahan letupan atau mengandungi bahan kimia. 

Hasil siasatan pada siri nombor objek logam itu mendedahkan bahawa ia adalah serpihan dari angkasa lepas yang dikenal pasti sebagai kapsul tangki bahan api roket, demikian menurut Ibu Pejabat Polis Chaco. 

Pakar yang menyiasat objek tersebut berpendapat bahawa ia berkemungkinan besar adalah sejenis tangki berteknologi tinggi yang dikenali sebagai bekas tekanan komposit berbalut (COPV). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI