fbpx
Orang ramai berkumpul di tengah jalan selepas gempa bumi kuat menggegarkan Cebu, tengah Filipina semalam. - AFP

Gempa bumi kuat gegar Filipina, 20 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 menggegarkan tengah Filipina, menyebabkan penduduk cedera dan terpaksa meninggalkan rumah mereka yang musnah, lapor akhbar The Sun UK. 

Penduduk berlari keluar dari rumah dalam kegelapan apabila gegaran kuat itu memutuskan bekalan elektrik, demikian menurut seorang pegawai. 

Lima kematian direkodkan di daerah San Remigio, utara wilayah Pulau Cebu, kata polis tempatan. 

Empat mayat ditemukan dari sebuah pusat sukan, manakala seorang kanak-kanak terbunuh akibat dihempap serpihan bangunan di daerah tersebut.

Seramai enam orang termasuk tiga anggota pengawal pantai dan seorang anggota bomba terbunuh secara berasingan di daerah San Remigio, selatan Bogo.

Selain kehilangan bekalan elektrik, sistem air turut rosak akibat gempa bumi itu. 

Gempa bumi berlaku sekitar pukul 9.59 malam (waktu tempatan) semalam, menyebabkan beberapa bangunan dan jalan raya musnah. 

Pusat gempa terletak kira-kira 17 kilometer dari timur laut Bogo yang menempatkan lebih 90,000 penduduk. 

Seorang pegawai penyelamat, Wilson Ramos berkata, terdapat ramai orang yang terperangkap di bawah bangunan, manakala usaha menyelamat sedang dijalankan di daerah San Remigio dan Bogo. 

“Saya tidak tahu berapa ramai yang hilang.

“Usaha pemulihan ditangguhkan akibat kegelapan serta gegaran susulan,” tambah Ramos. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI