fbpx
Muhammad Kifli (kanan) memeriksa sebuah motosikal yang diubah suai tidak mengikut spesifikasi pada sekatan jalan raya di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, Kota Bharu, semalam. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

3,000 saman Awas di Terowong Menora setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sebanyak 3,000 notis saman dikeluarkan setiap hari menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju di Terowong Menora, Ipoh di Perak.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, jumlah saman tersebut diperoleh menerusi dua kamera Awas yang dipasang pada kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara Selatan.

Menurutnya, notis saman tersebut paling banyak direkodkan pada waktu puncak terutamanya semasa musim perayaan atau cuti persekolahan.

“Setakat ini, kesalahan melibatkan had laju yang direkodkan oleh kamera Awas di kedua-dua arah di Terowong Menora mencecah 3,000 notis saman setiap hari.

“Jumlah itu sekali gus menjadikan Terowong Menora merupakan satu lokasi yang paling tinggi merekodkan notis saman Awas,” katanya pada sidang akhbar selepas sekatan jalan raya di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Kifli memberitahu, meskipun kawasan tersebut paling banyak merekodkan kesalahan had laju, negeri Selangor sebenarnya mencatatkan bilangan notis saman Awas keseluruhan paling tinggi di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN