fbpx
Fahmi Fadzil ketika memberi ucapan di Majlis Perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke-29.

150,000 kandungan judi online, scam dikesan di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan semua platform utama media sosial di Singapura bagi membincangkan berhubung masalah perjudian dan penipuan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan berkenaan akan memberi tumpuan kepada isu teknikal termasuk sistem Pengenalan Pelanggan Secara Elektronik (eKYC) bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Antara isu yang akan dibincangkan (dalam pertemuan di Singapura) ialah menyamar sebagai tokoh awam termasuk pakar motivasi Prof. Dr. Muhaya yang dijadikan sasaran penipuan scam,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke-29 di sini hari ini.

Menurut Fahmi, sejak Januari hingga September tahun ini, lebih 150,000 kandungan berkaitan judi dalam talian dan penipuan dikesan di Facebook.

“Setiap kandungan yang diminta diturunkan memerlukan kira-kira 30 minit.

“Ini bermaksud MCMC telah menghabiskan setiap bulan jumlah waktu bekerja bersamaan setahun hanya untuk menangani isu judi dalam talian dan penipuan di dalam platform Facebook sahaja,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Fahmi berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai internet yang paling pantas, meluas dan murah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN