LOkasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan Malaysia memudahkan rakyat negara ini menyeberang ke Thailand termasuk untuk berhibur.

Mudah hisap rokok berdengung di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan kewujudan taktik mencampurkan dadah dalam rokok yang dibimbangi menjerat lebih ramai golongan muda di negara ini dalam aktiviti aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pengarah AADK Kedah, Khai­rul Anwar Ahmad berkata, majoriti yang terlibat adalah mereka yang tidak pernah mengambil bahan terlarang itu, namun mencubanya selepas diperkenalkan oleh rakan-rakan.

“Tahun ini kita kenal pasti pasti trend anak muda berhibur di sempadan kebanyakannya mengambil ketamin dengan cara menghisap rokok.

“Majoriti mereka tidak pernah mencuba dadah sebelum ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan akan potensi penambahan bilangan penagih baharu,” katanya ketika dihubungi Kos­mo!, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, statistik AADK sejak Januari hingga Jun lalu mendapati dadah benzodiazepine paling banyak dikesan iaitu sebanyak 50 kes di Kompleks ­Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, diikuti ketamin (38) dan THC atau ganja (26).

“Tahun lalu ketamin merupakan dadah tertinggi iaitu seba­nyak 109 kes, diikuti THC (89) dan MDMA (80),” ujarnya.

Bagi tangkapan pula, golo­ngan berusia 19 hingga 30 tahun merupakan kumpulan tertinggi, manakala mereka berusia 31 hingga 40 tahun pula meningkat hampir dua kali ganda pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Dalam tempoh sembilan bulan ini, sebanyak 120 tangkapan direkodkan di sempadan melibatkan kes dadah terdiri daripada mereka berusia 19 hingga 30 tahun, sementara 31 hingga 40 tahun (84), 41 hingga 50 tahun (16) dan bawah 18 tahun (lima).

Beliau memaklumkan ada pelajar sekolah dan institusi pe­ngajian tinggi (IPT) pergi ke Thailand untuk berhibur.

“Bukan semua pergi untuk berhibur cara tidak sihat, hanya segelintir,” katanya.

Beliau tidak menafikan penga­ruh rakan termasuk kekasih menjadi antara faktor peningkatan trend kes dadah di sempadan termasuk penuntut IPT.

“Golongan yang berani mencuba dadah ini kebanyakannya mempunyai kenalan yang tahu selok-belok hiburan di sana sehingga boleh mendorong mereka mencuba dadah.
AADK Kedah turut mengesan kes pelajar prauniversiti yang terperangkap dengan dadah.

“Trend kemasukan pelajar sekolah dan IPT ke Thailand sukar dijangka. Bagaimanapun, jumlah ini berjaya dikesan tahun ini dan makin membimbangkan semua pihak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN