fbpx
[10:46 am, 29/09/2025] Marlia Kosmo: H: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-56 kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Ucapan berkenaan dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Instagram rasmi Sultan Ibrahim, Official Sultan Ibrahim, hari ini. "Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda," tulis poster berkenaan. Pada 29 September setiap tahun, Kelantan diisytiharkan sebagai cuti umum bagi meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan. - KOSMO! ONLINE [10:46 am, 29/09/2025] Marlia Kosmo: Ucapan yang dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Instagram Official Sultan Ibrahim, hari ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-56 kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ucapan berkenaan dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Instagram rasmi Sultan Ibrahim, Official Sultan Ibrahim, hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” tulis poster berkenaan.

Pada 29 September setiap tahun, Kelantan diisytiharkan sebagai cuti umum bagi meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI