fbpx
KRISTOFF antara nama besar yang bakal menggalas cabaran pada LTdL kali ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Jaguh TDF buru penamat terbaik di LTdL 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pelumba pasukan Uno-X Mobility, Alexander Kristoff memberi gambaran saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 bakal menjadi perlumbaan terakhir sebelum mengumumkan persaraan.

Bekas pemenang empat peringkat perlumbaan Tour de France (TdF) itu berkata, saingan bertaraf UCI 2.Pro Series berkenaan turut membuka ruang kepadanya yang hanya memerlukan dua kemenangan bagi melengkapkan kemenangan ke-100 dalam karier.

Jelas Kristoff, laluan LTdL yang landai mampu memberikan kelebihan kepadanya selaku pelumba yang dianggap sebagai pakar pecut bagi mencabar kemenangan dalam setiap peringkat perlumbaan.

“Ya, ini adalah penampilan pertama saya di Malaysia dan mungkin juga kali terakhir saya berlumba. Bagi saya, saingan di sini memberikan banyak kelebihan kepada pakar pecut dan ramai antara mereka sudah menang.

“Saya juga hanya memerlukan dua lagi kemenangan di peringkat perlumbaan bagi melengkapkan kemenangan ke-100. Itu adalah objektif utama dan saya sedar, ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Walaupun yakin untuk mencabar kemenangan peringkat perlumbaan, namun bekas pelumba UAE Team Emirates itu tetap realistik dengan peluang bagi mencabar jersi hijau selaku juara keseluruhan (GC).

“Memang benar ramai pakar pecut menang di sini tetapi untuk merebut gelaran GC, ia lebih sukar. Saya sudah tidak sabar untuk mengharungi perlumbaan di sini kerana ia boleh dianggap sebagai Grand Tour Asia,” ujar Kristoff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN