fbpx
MAS IMRAN (berdiri dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Amalina (kanan) di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.

Gadis korbankan impian belajar demi ibu, adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang gadis memilih untuk tidak melanjutkan pengajian bagi mengejar cita-cita menjadi seorang jurusolek sebaliknya kekal menetap di rumah bagi menjaga ibunya yang sakit akibat patah tulang paha sejak dua tahun lalu.

Nur Amalina A. Rahman, 21, berkata, pada masa sama dia juga memikul tanggungjawab menjaga seorang adiknya yang merupakan individu istimewa, menghidap sindrom down.

Katanya, keputusan itu dibuat demi Allah dan tanpa sebarang paksaan kerana pihak yang dijaga adalah keluarga dan individu yang amat penting buat dirinya.

“Jika saya sambung pelajaran, siapa yang akan jaga ibu dan adik-adik kerana saya merupakan anak sulung. Ayah pula perlu keluar bekerja sebagai nelayan untuk memastikan keluarga kami mempunyai pendapatan.

“Jadi saya kekal di rumah bagi menjaga ibu, Sri Rahayu Ismadi, 43, serta Nur Aima Najwa, 16, yang mengalami sindrom down dan seorang lagi adik bongsu iaitu Nur Aina Aqeela, 13, yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, dekat sini.

Terdahulu, keluarga tersebut turut menerima kunjungan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan ha­rian bernilai RM1,000.

Kata Nur Amalina, dia akan fokus kepada usaha menjaga ibunya sehingga kesihatan fizikalnya kembali pulih, sebelum memasang impian sekali lagi untuk menjadi seorang jurusolek pada masa depan.

Sementara itu, Sri Rahayu berkata, suaminya yang bekerja sebagai nelayan bergaji tidak tetap sekitar RM600 sebulan.

“Selain itu, kami turut me­nerima RM300 sebulan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Orang ramai yang mahu membantu salurkan sumbangan menerusi Bank Simpanan Nasional, A. Rahman yang bernombor akaun 0113729000057992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI