fbpx
Hantaran gambar kartun pada Facebook Public Health Malaysia seolah-olah menggambarkan isu tular tentang seorang wanita berjaya menangkap suaminya dikatakan curang dengan wanita lain.

‘Laju betul admin buat kerja ya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hantaran pada Facebook Public Health Malaysia berhubung kemudahan perubatan di Malaysia berserta gambar kartun memaparkan dua individu sedang berurusan di kaunter pengambilan ubat mengundang gelak ketawa pengguna media sosial.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan, hantaran tersebut ‘kena’ dengan kejadian tular pada TikTok mengenai seorang wanita yang berang apabila menangkap suaminya dikatakan curang bersama wanita lain.

Video dikongsikan si isteri itu dikatakan berlaku di sebuah klinik kesihatan, malah mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok termasuk pempengaruh yang menunggu-nunggu episod seterusnya.

Pada ruangan komen Facebook Public Health Malaysia, orang ramai menyifatkan pentadbir (admin) akaun tersebut sebagai tidak ketinggalan serta peka dengan hal tular dan isu semasa diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

“Laju betul min buat kerja ya. Apa pun, ubat-ubatan di hospital kerajaan kita ni bukan jenis ‘cikai-cikai’ tau. Ubat-ubatan ni memang berkualiti tinggi dan dibeli dengan sangat mahal. Tapi kerana subsidi lah rakyat memilikinya dengan lebih murah, atau percuma. Itupun ada tak bersyukur. Bagi lepas tu tak makan, buang macam tu saja,” komen pengguna Facebook Shafeez Jamaludin – Trisolo.

“Peka sungguh keadaan semasa,” komen Shaj Annuar.

“Terpaling pantas lah admin,” kata Lily Jacqualyne.

Sementara itu, Public Health Malaysia pada hantaran tersebut menyatakan bahawa, Malaysia antara negara yang rakyatnya sangat bertuah kerana terdapat klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital kerajaan hampir di setiap tempat.

“Ubat, rawatan asas, malah pemeriksaan kesihatan boleh didapati dengan kos rendah. Namun, jangan kerana akses mudah kita ambil ringan soal kesihatan. Sakit jangan ditunggu sampai melarat.

“Pemeriksaan kesihatan berkala jangan ditangguh. Gaya hidup sihat tetap tanggungjawab kita. Kemudahan sudah tersedia. Tugas kita menjaga diri sebelum terlambat,” menurut hantaran berkenaan.

Hari ini Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita berang setelah ‘berjaya’ menangkap suami yang didakwa curang bersama wanita lain ketika mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan di percayai di Lembah Klang semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki terbabit dilihat terkejut apabila isterinya sedang merakamnya yang cuba memeluk bahu wanita lain selepas mengambil ubat di kaunter kesihatan itu.

Wanita itu kelihatan sudah menunggu lama sambil merakam video dari belakang suaminya bersama seorang wanita lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN