fbpx
Mayat mangsa yang lemas di Pantai Kemayang, Bachok hari ini. Foto JBPM

Lelaki kurang siuman lemas jatuh tambak batu Pantai Kemayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ditemukan lemas selepas terjatuh dari kawasan tambak batu di Pantai Kemayang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan bertindak terjun ke dalam air meskipun sudah dihalang orang ramai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ibrahim Mohd. Rohni berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertindak agresif ketika cuba dihalang oleh orang awam yang menyedari tindakan lelaki itu.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 12.37 tengah hari mendapati mangsa sudah dinaikkan oleh orang awam ke tebing pantai tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN