fbpx
Ram ketika ditemui selepas selesai prosiding pengurusan kes lima kanak-kanak yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

Isu kenyataan Shafie dibangkitkan semula pada prosiding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Isu kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir sekali lagi dibangkitkan peguam, Datuk Ram Singh pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini.

Ram yang mewakili salah seorang kanak-kanak tertuduh kanak-kanak itu berkata, pihaknya sudah memohon kepada mahkamah tentang penghinaan ke atas mahkamah yang didakwa dilakukan Mohd. Shafie menerusi video tular sebelum ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus yang mendengar permohonan itu bagaimanapun meminta supaya menunggu sehingga Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd. Shafie selesai.

“Kita mengemukakan permohonan menghina mahkamah dan turut disokong wakil Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Bagaimanapun, mahkamah menyatakan dalam isu ini supaya menunggu sehingga AGC selesai.

“AGC turut mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd. Shafie pada Rabu,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding pengurusan kes lima kanak-kanak yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini.

Sebelum ini, Ram membawa isu video tular di Mahkamah Koroner yang menunjukkan Mohd. Shafie bercakap mengenai kes kematian arwah Zara Qairina yang antaranya menyebut ia satu kes pembunuhan selain mengungkit mengenai inkues yang sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN