fbpx
Pengunjung dan perniagaan meneroka inovasi penyelesaian dan produk makanan AMB pada FHM 2025 di KLCC.

Ajinamoto Malaysia pupuk inovasi kulinari di FHM 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mencuri tumpuan di Food & Hospitality Malaysia (FHM) 2025 dari 23 hingga 26 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dengan menggabungkan inovasi dan cita rasa asli bagi mengetengahkan penyelesaian makanan moden.

Berpegang teguh pada matlamat ‘Bersama, kita mengangkat rasa dan inovasi ke persada dunia’, AMB mempamerkan pelbagai produk dan aplikasi yang direka untuk memudahkan masakan tanpa menjejaskan cita rasa asli.

Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi memasak secara langsung dan menyertai sesi interaktif yang mempamerkan bagaimana penyelesaian AMB membantu cef, profesional perkhidmatan makanan dan perniagaan menambah baik ciptaan mereka dengan lebih mudah sambil mengekalkan tradisi.

Menurut AMB, dengan tema ‘Memupuk Penyelesaian untuk Industri Makanan dan Hospitaliti’, FHM 2025 menyediakan pentas yang sempurna untuk pihaknya menonjolkan peranan sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam sektor perkhidmatan makanan.

“Selain menawarkan produk berkualiti, syarikat kekal komited untuk menangani cabaran industri, memberi inspirasi kepada kreativiti, dan memupuk kerjasama bermakna merentas ekosistem makanan dan hospitaliti yang bertenaga.

“Bagi AMB, ia lebih daripada sekadar pameran, sebaliknya merupakan platform untuk berkongsi inovasi, mengukuhkan perkongsian, serta membentuk masa depan industri makanan di Malaysia dan seterusnya,” katanya.

Memasuki kali ke-18 penganjuran, FHM sebagai pameran perdagangan dwitahunan terbesar Malaysia bagi industri makanan, minuman, hotel, restoran, dan perkhidmatan makanan menghimpunkan pemain terkemuka tempatan dan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN