fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita membawa 28 anjing peliharaannya bersiar-siar di sekitar bandar Bengaluru. - TikTok 

Wanita bawa 28 anjing bersiar-siar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Karnataka, India mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam membawa 28 anjing peliharaannya keluar ke bandar, lapor portal berita India Today. 

Kejadian dirakam di RT Nagar, Bengaluru baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @xploreraa menunjukkan wanita terbabit berdiri di hadapan kedai bersama puluhan anjing miliknya.

Kesemua anjing tersebut memiliki baka sama iaitu golden retriever dan tidak dipakaikan tali. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 787,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia juga telah mengubah suai kereta Innova miliknya untuk anjing-anjing itu. Saya suka dia,” kata seorang netizen. 

“Saya mahu kaya seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI