JAKARTA – Seorang murid lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila berpura-pura pengsan di hadapan sekolah agar dia didukung oleh pengawal keselamatan, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian dirakam di Bandung Islamic School semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dellas_diary menunjukkan budak itu berjalan memasuki sekolah sebelum rebah secara tiba-tiba.
Dia kemudian diangkat oleh seorang pengawal keselamatan lalu dibawa ke dalam kelas.
Perbuatan itu dilakukan beberapa kali hanya kerana dia ingin digendong pengawal keselamatan sampai ke kelas.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Dia belum pengsan, ‘pak guard’ sudah sedia nak dukung,” kata seorang netizen.
“Bagi hadiah kepada pengawal keselamatan!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI