fbpx
ANGGOTA polis berkawal di luar penjara utama di Machala, Ecuador semalam. – AFP 

14 hilang nyawa, banduan bertempur guna senjata api, bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

QUITO – Banduan di Ecuador bertempur sesama sendiri dengan senjata api dan bahan letupan dalam rusuhan yang meragut nyawa 13 banduan dan seorang pengawal penjara, kata polis semalam.

Kekacauan itu adalah  terbaru dalam siri pertumpahan darah di penjara-penjara yang dikuasai kumpulan penjenayah dan penuh sesak dengan banduan. Ecuador dahulunya aman kini menjadi pusat penyeludupan dadah Amerika Latin yang ganas.

Sejumlah banduan yang tidak diketahui turut melarikan diri dalam pertempuran antara geng dadah yang bermusuh, di mana 14 lagi cedera, kata seorang pegawai polis bertopeng dikenali sebagai komander Kolonel William Calle kepada saluran televisyen Ecuavisa.

Seramai 13 banduan telah ditangkap semula.

Calle berkata, tembakan meletus pada awal pagi, menyebabkan pengawal penjara dan polis bergegas ke penjara itu di bandar Machala, barat daya Ecuador dekat sempadan Peru.

Seorang pengawal penjara terbunuh ketika dia masuk, dan yang lain dijadikan tebusan, kata  Calle.

Menurutnya, konfrontasi itu berlangsung kira-kira 40 minit, di mana banduan melepaskan tembakan senjata api dan membaling bahan letupan serta  grenad.

Polis menyiarkan klip video menunjukkan anggota-anggotanya yang lengkap bersenjata memasuki penjara itu.

Banduan yang mati adalah ahli geng Los Choneros dan Los Lobos yang bermusuhan. Kedua-dua kartel itu adalah pengedar dadah terbesar di Ecuador. Los Choneros dan Los Lobos dilabel sebagai organisasi pengganas asing oleh Amerika Syarikat awal bulan ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI