fbpx
Nur Alina.

Remaja 17 tahun hilang di Seri Kembangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Jalan Harmoni Indah 1, Taman Harmoni Indah, Seri Kembangan, Selangor pada 20 September lalu.

Mangsa Nur Alina Abdullah dilaporkan hilang pada pukul 4.15 petang dan laporan dibuat keesokan harinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 21 September pada pukul 12.40 tengah hari dan kes disiasat sebagai kes orang hilang.

“Mangsa merupakan remaja perempuan berketurunan India, kurus dan mempunyai ketinggian lebih kurang 1.6 meter. Kali terakhir dilihat memakai tudung dan cardigan berwarna hitam, berbaju-T merah dan berseluar hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau hubungi IPD Kajang di talian 03-89114222. Pegawai penyiasat, Sarjan Mastura Mat juga boleh dihubungi terus di talian 011-2625 9679,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI