fbpx
Amir Hamzah (tengah) meninjau projek menaik taraf jeti nelayan sempena Sesi Libat Urus Kampung Angkat Madani di Jeti Nelayan Pulau Betong, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

BNM teliti Peraturan 78 demi kebaikan sistem kewangan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti secara terperinci pelaksanaan Peraturan 78 dalam pinjaman sewa beli bagi memastikan sebarang pindaan yang dibuat dapat memberikan manfaat kepada sistem kewangan negara serta melindungi kepentingan pengguna.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya yakin BNM akan mengambil kira segala implikasi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Kalau kita lihat secara terperinci, proses ini masih dipertimbangkan oleh Bank Negara.

“Saya percaya Bank Negara akan memberikan penelitian terhadap sebarang implikasi kalau nak menukar apa-apa, ini untuk kebaikan sistem kewangan yang ada dalam negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melawat beberapa lokasi di Pulau Betong yang menjadi Kampung Angkat Madani bagi Kementerian Kewangan.

Peraturan 78 merupakan kaedah pengiraan kadar faedah dalam pinjaman sewa beli, di mana bayaran faedah diagihkan lebih tinggi pada peringkat awal pinjaman.

Kaedah itu dilihat memberi kesan kepada peminjam sekiranya membuat penyelesaian awal kerana jumlah pokok pinjaman yang masih tinggi perlu dijelaskan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN