fbpx
KONSERT Exist Premium Live @ PJ yang asalnya dijadualkan pada 2 Oktober nanti terpaksa ditunda ke 20 Disember 2025.

Mahu pesona mewah, konsert Exist Premium tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERNAH mengumumkan tarikh penganjuran pada 4 Oktober, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, konsert yang diberi nama Exists Premium Live @ PJ tersebut terpaksa ditunda ke 20 Disember 2025.

Pemilihan tarikh baharu 20 Disember 2025 disifatkan relevan dengan kesepakatan yang dipersetujui Exists dan penganjur iaitu JioBuddy.

Menurut wakil JioBuddy iaitu Sean Ng, penundaan konsert ini akan memberikan mereka lebih banyak masa untuk memastikan kualiti yang diberikan setara dengan nama konsert itu sendiri iaitu premium.

“Exist Premium Live @ PJ bukan sekadar sebuah lagi persembahan pentas yang biasa ditonton tetapi sesuai dengan tajuk yang dibawa, ia mesti bersifat premium dan eksklusif,”katanya.

Selaku penganjur, JioBuddy juga tidak bimbang mengenai penundaan tarikh kerana percaya dengan piawaian Exists yang telah melahirkan banyak karya malar segar karya yang telah dicipta sejak akhir tahun 1991.

“Kami sedar Exists boleh dilihat ‘di mana-mana’ kerana permintaan terhadap kumpulan ini cukup tinggi. Konsert mereka ‘back to back’. Secara logiknya juga, Exists akan memainkan lagu-lagu hit mereka sama seperti dalam kebanyakan persembahan atau konsert yang telah dilakukan.

“Bagaimanapun selaku penganjur, saya boleh memberi jaminan Exists Premium Live @ PJ akan bertaraf premium atau mewah seperti judul yang dipilih. Premium daripada segi permainan muzik, audio dan premium buat peminat yang hadir kerana konsert ini bersifat lebih intim.

“Kerana itu kami bersetuju dengan tarikh baharu 20 Disember 2025 yang akan menjadi konsert penutup terbaik Exists di tahun ini,” ujarnya.

Sementara tu bagi Exists pula, penundaan tarikh baharu tidak menjejaskan mereka malah memberi lebih banyak ruang untuk melakukan persiapan daripada segi teknikal.

Ikrar mereka sebagai pemuzik yang cukup berpengalaman adalah melahirkan erti persembahan mewah dalam Exists Premium Live @ PJ yang akan menjadi konsert berskala besar terakhir mereka tahun ini.

“Tarikh 20 Disember 2025 sangat sesuai buat Exists kerana memberi kami ruang untuk memperkemaskan dan mempersiapkan semua aspek termasuk teknikal dengan lebih baik.

“Hal ini kerana Exists sentiasa mementingkan kualiti dan menghargai setiap wang yang dikeluarkan untuk menyokong konsert kami.

“Kami mahu pesona mewah yang ingin disampaikan menjadi momen tidak dilupakan peminat,” ujar Along mewakili Exists.

Bagi pemain bass, Musa pula, dia mahu peminat menjadikan konsert ini sebagai pesta untuk menikmati persembahan bertaraf premium yang akan disajikan oleh Exists nanti.

Untuk menikmati rasa premium yang dijanjikan penganjur dan Exists, peminat boleh mendapatkan tiket dalam beberapa kategori antaranya kategori Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368)

Tiketi boleh didapati menerusi www.jiotix.asia atau talian hotline +6011 1660 1122 (khusus untuk peminat dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) sahaja).

Peminat yang telah membeli tiket masih sah untuk tarikh baharu. Lebih mengujakan, 100 peminat bertuah akan memiliki peluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota Exists.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN