fbpx
Anwar Ibrahim berucap pada Perjumpaan Bulanan Bersama Warga JPM Bagi Bulan September 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Budi95: Rakyat dinasihat semak cip MyKad, ada lesen memandu sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Rakyat dinasihatkan untuk menyemak cip MyKad supaya berada dalam keadaan baik selain memastikan mempunyai lesen memandu sah bagi membolehkan mereka menikmati subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter pada 30 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, saranan itu dibuat selepas kerajaan
memutuskan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak menikmati subsidi RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95)

“Seperti langkah penghargaan Sara (Sumbangan Asas Rahmah), tahap pendapatan tidak digunakan untuk menidakkan seseorang daripada menikmati subsidi RON95.

“Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dianggarkan lebih 16 juta
penerima manfaat Budi95,” katanya pada Perhimpuanan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai mekanime penggunaan Budi95, Anwar berkata, rakyat dinasihatkan supaya menyemak cip MyKad supaya berfungsi dan memiliki lesen memandu sah.

Katanya, seperti Sara, tiada pendaftaran diperlukan untuk Budi95, hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapat harga bersubsidi.

“Hampir serupa dengan proses transaksi semasa, hanya tambah satu langkah pengesahan MyKad diikuti proses biasa untuk membayar.

“Disediakan pembaca MyKad di dalam kedai dan juga di pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.

“Untuk mereka yang celik digital, terdapat opsyen digital seperti TouchNGo dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel, supaya tidak memerlukan MyKad setiap transaksi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI