fbpx
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya dihempap batang simen.

Pekerja binaan maut kepala dihempap batang simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Seorang pekerja tapak binaan maut apabila kepalanya dihempap batang simen atau ‘lintel’ di sebuah tapak binaan bersebelahan sebuah hospital pakar swasta di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku pukul 10.16 pagi dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Katanya, kejadian berlaku ketika lelaki tempatan berusia 33 tahun itu sedang bekerja di tapak pembinaan tersebut.

“Ketika sedang bekerja, mangsa telah dihempap batang simen yang hendak dinaikkan di tingkat lima. Batang simen itu terjatuh semasa berada di tingkat dua mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya menerusi satu kenyataan.- KOSMO !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI