fbpx
Keadaan banjir di Sabah baru-baru ini. - KOSMO! ONLINE

Banjir Sabah: 8 fasiliti KKM pulih, satu dalam pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan fasiliti kesihatan di Sabah terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini, dengan lapan daripadanya kembali beroperasi sepenuhnya semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini hanya satu fasiliti masih dalam proses pembersihan iaitu Klinik Desa Gadong Papar.

Menurutnya, antara fasiliti yang sudah kembali beroperasi ialah Klinik Desa Gadong, Padas Lamit, Bangkalalak dan Lingkungan dan Sinoko di Beaufort.

Klinik Desa Pantai dan Mendulong di Sipitang juga dilaporkan kembali pulih.

Dr. Dzulkefly berkata, terdapat kejadian tanah runtuh di tiga daerah di Sabah iaitu Penampang, Kota Kinabalu dan Papar.

“Di Penampang, sebanyak 14 lokaliti terlibat sejak 11 September dengan satu kejadian di Kampung Sarapung mengorbankan seorang mangsa. Namun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan di lokaliti lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN