fbpx
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei memerlukan masa 79 minit bagi menewaskan Yan Zhe-Dong Ping untuk melangkah ke final China Masters. - AFP

China Masters: Juara dunia tempah aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton China Masters selepas melangkah ke pentas final.

Pada aksi separuh akhir di Shenzhen Arena sebentar tadi, juara dunia itu mencatat kemenangan 22-24, 21-19, 21-17 ke atas wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Berdepan pemain lawan yang menerima sokongan padu penyokong sendiri langsung tidak mengganggu fokus Tang Jie-Ee Wei apabila memimpin set pertama 19-14.

Bagaimanapun, beregu China itu memperkemaskan permainan dan mengikat kedudukan 19-19 sebelum memastikan kemenangan di set pertama.

Bersambung babak kedua, perlawanan dilihat lebih seimbang apabila kedua-dua beregu saling berbalas serangan dan bertukar servis.

Selepas berjaya mengikat kedudukan 15-15, Tang Jie-Ee Wei mula mengorak langkah dan menamatkan permainan 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, perlawanan dilihat cukup seimbang, namun gandingan negara memiliki kelebihan apabila mendahului 11-7.

Keyakinan Tang Jie-Ee Wei makin bertambah ketika mendahului 16-11 sebelum melengkapkan kemenangan 21-17 untuk melangkah ke final.

Menanti Tang Jie-Ee Wei di perlawanan akhir esok adalah beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran yang menewaskan satu lagi gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN