fbpx
Muhammad Asmadi (dua dari kiri) didakwa dua pertubuhan melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Mudir hadapi dua pertuduhan ‘sentuh’ fizikal pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang mudir pondok yang menghadapi enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki di Tumpat, Kelantan minggu lalu sekali lagi dihadapkan atas dua pertuduhan sama terhadap mangsa lain di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Aswadi Yah, 46, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Perbuatan itu dakwa dilakukan Muhammad Aswadi di sebuah premis di Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 9 malam, 15 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta 14(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kosmo! 12 September lalu melaporkan Muhammad Aswadi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat antara Jun 2024 sehingga 29 Ogos lalu.

Dia kemudiannya ditahan reman bagi membantu siasatan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki pula di Batu Rakit pada 13 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN