fbpx
Anggota polis forensik hadir di lokasi kejadian seorang remaja maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21, pangsapuri di Paya Terubong, malam tadi.

Cedera jatuh dari tempat tinggi punca remaja 14 tahun maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kematian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini, malam tadi disebabkan faktor kecederaan akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhamad berkata, mayat si mati telah selesai dibedah siasat pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Doktor memaklumkan kecederaan yang dialami si mati konsisten dengan keadaan jatuh dari tempat yang tinggi.

“Tiada sebarang unsur jenayah terhadap si mati dan kematiannya kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kataya di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiada unsur buli membabitkan kes kematian seorang remaja perempuan yang ditemukan tidak sedarkan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam di aras enam perumahan terbabit. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI