fbpx
Longgokan barang penyewa di luar rumah Mohd. Shafiq.

Menyesal dapat penyewa dari ‘neraka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya menyesal menyewakan rumah kepada orang yang berperangai bermuka-muka seolah-olah dia yang menceroboh rumah sendiri.”

Demikian keluhan seorang pempengaruh media sosial, Mohd. Shafiq Zulkarnain berhubung penyewa rumahnya yang didakwa gagal melunaskan bayaran sewa sejak sekian lama.

Katanya, penyewa biadab itu menyatakan pemilik rumah menceroboh rumah dan menghinanya serta mengugut untuk menghubungi polis.

“Awalnya, dia bayar sewa tepat pada masa dalam tiga bulan sahaja. Selepas itu, bayar sewa tak penuh, kadang tak bayar langsung.

“Kami tak dapat menghubunginya kerana nombor kami disekat dan dia tidak tandatangan perjanjian sewa rumah,” ujarnya.

Tambahnya, penyewa tersebut hanya menghubunginya melalui orang ketiga hinggakan pihak polis campur tangan.

“Anggota polis beritahu saya, penyewa buat laporan menyatakan kami kunci pintu rumah dan menghalanginya untuk mengemas keluar dari rumah itu.

“Akhirnya, dua anggota polis membantu dan mengiringi penyewa mengemas keluar rumah sebabkan keadaan rumah yang terlalu bersepah dengan longgokan barang,” jelasnya.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai menyifatkan situasi ini sebagai pengajaran kepada pemilik rumah yang lain agar lebih berhati-hati.

“Inilah gunanya servis ejen untuk tolong carikan penyewa. Mereka harus ada perjanjian, ejen akan uruskan semuanya,” komen pengguna @qalemeer

“Nasib baik dapat kerjasama daripada pihak polis. Padan muka penyewa, polis temankan kemas barang keluar rumah,” kata Anis Diani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI