fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kelibat pocong berdiri di belakang rumah penduduk kelmarin. - Instagram

Pocong muncul ketika fenomena Blood Moon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Jember, wilayah Jawa Timur berdepan detik seram apabila melihat kelibat didakwa pocong di belakang rumah mereka pada waktu malam, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam di Kampung Glundengan sebelum berlakunya fenomena gerhana bulan penuh atau Blood Moon kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pesonajember menunjukkan susuk serba putih sedang berdiri tegak di belakang rumah penduduk. 

Orang ramai termasuk kanak-kanak berlari sambil menjerit ketakutan selepas melihat apa yang kelihatan seperti pocong itu. 

Rakaman video itu mencatatkan 216,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Malam sebelum gerhana bulan adalah waktu makhluk ghaib berkeliaran,” kata seorang netizen. 

“Ia pun sibuk nak tengok gerhana bulan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN