fbpx
Seekor harimau dahan berjaya ditangkap anggota APM. Foto IHSAN APM KL

Harimau dahan sesat di Sri Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seekor harimau dahan mengejutkan penduduk apabila ditemui berkeliaran di Taman Sri Gombak Height di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.04 pagi itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari pusat kawalan operasi daerah dikerahkan ke lokasi.

Jurucakap APM berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati terdapat seekor harimau dahan atau turut dikenali sebagai kucing dahan.

“Haiwan tersebut berjaya ditangkap dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI