fbpx
Keadaan basikal dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Baru Papar-Kota Kinabalu malam tadi. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

Lelaki maut dirempuh, basikal tergantung atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAPAR – Seorang lelaki maut selepas basikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Baru Papar-Kota Kinabalu di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang menunggang basikal XDS dikatakan sedang menyeberang jalan menuju ke Sri Tanjung, Kampung Pengalat Kecil.

Bagaimanapun, basikal ditunggang lelaki itu dirempuh motosikal jenis Yamaha Y16 dari arah Kota Kinabalu ke Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, penunggang motosikal berusia 29 tahun dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh basikal tersebut.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung ke bahu jalan, manakala basikalnya tergantung atas pokok. Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Papar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, penunggang motosikal cedera di kepala dan muka. Dia dihantar ke Hospital Papar bagi mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI