fbpx
Lelaki melihat poster yang dilekatkan pada tingkap premis semalam. - Getty Images

Syarikat kosmetik tutup 104 cawangan, tanda solidariti buat Gaza 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Syarikat pengeluar produk kosmetik, Lush menutup laman web dan seluruh cawangannya di Britain sebagai sebahagian daripada protes terhadap krisis kebuluran yang melanda rakyat Palestin di Gaza, lapor akhbar Metro UK .

Lush yang memiliki kira-kira 104 cawangan di Britain turut menutup beberapa kilangnya dalam protes selama sehari bermula semalam. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan tingkap premis itu dipasang poster bertulis ‘Hentikan kelaparan di Gaza. Kami tutup sebagai tanda solidariti’.

Lush dalam satu kenyataan berkata: “Kami berkongsi penderitaan yang dialami oleh berjuta-juta orang selepas melihat rakyat Palestin kelaparan di Gaza. Seperti seluruh dunia, kami juga mencari cara untuk membantu mereka ketika Israel menyekat bantuan kemanusiaan. 

“Menutup kedai bukanlah satu keputusan yang mudah. Kami memohon maaf ke atas mana-mana pelanggan yang datang ke kedai semalam,” kata Lush.

Selain penutupan itu, Lush mengumumkan bahawa mereka akan menjual semula sabun dikenali ‘Watermelon Slice’ untuk mengumpul dana. 

Mereka menggelar sabun tersebut sebagai ‘paling berjaya’ dalam sejarah, namun hasilnya akan disalurkan kepada perkhidmatan perubatan dan badan amal di Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI