fbpx

CAB catat untung bersih RM28.8 juta suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) merekodkan pertumbuhan sebanyak  71.5 peratus  dalam keuntungan bersih kepada RM28.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Jun 2025 (S3 TK2025).

Ini menandakan suku ketujuh berturut-turut keuntungan bersih tanpa subsidi kerajaan dan menunjukkan kecekapan operasi yang kukuh dalam perniagaan ayam bersepadu.

Keuntungan operasi keseluruhan bagi bahagian ayam bersepadu meningkat sebanyak 20.39 peratus kepada RM44.96 juta dalam S3 TK2025, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan kos makanan ternakan sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini membantu mengimbangi penurunan 1.7 peratus dalam hasil bahagian tersebut, yang berpunca daripada penurunan harga jualan purata dan jumlah jualan.

Harga jualan purata dan jumlah jualan ayam pedaging masing-masing menurun sebanyak 4.33 peratus dan 2.82 peratus berbanding tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, pihaknya berbesar hati untuk membentangkan satu lagi keputusan kukuh bagi S3 TK2025.

“Yang penting, ini menandakan suku ketujuh berturut-turut yang menguntungkan sejak pemberhentian subsidi kerajaan.

“Pertumbuhan berterusan kami, terutamanya dari segi operasi, membuktikan bahawa kami cekap dan mampu berkembang tanpa subsidi,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2025 (9B TK2025), keuntungan bersih CAB menurun sebanyak 3.41 peratus kepada RM83.66 juta, manakala hasil meningkat sebanyak 1.84 peratus kepada RM1.74 bilion.

Kedudukan tunai Kumpulan meningkat sebanyak 12.7 peratus kepada RM225.77 juta daripada RM200.25 juta setahun lalu. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI