fbpx
FIRDAUS

Firdaus gegar penampilan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Penampilan sulung Mohd. Firdaus Mohamad di pentas Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta, Indonesia menjadi mimpi indah buat dirinya apabila menggondol empat pingat emas dan satu perak.

Prestasi luar biasa itu sekali gus melonjakkan namanya sebagai tonggak utama kontinjen boling MSDeaf, malah diletakkan sebagai sandaran besar menjelang Deaflympic di Jepun pada November nanti.

Firdaus yang ditemui media setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lalu menyifatkan pencapaian di Jakarta sebagai detik paling manis sepanjang kariernya.

“Saya menang emas dalam individu, beregu, trio dan all events, manakala untuk Masters saya raih perak. Semua ini saya buat untuk Malaysia dan saya berterima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa menyokong saya,” katanya.

Mengimbau karier antarabangsa, pemain boling berusia 24 tahun itu pernah meraih emas trio pada Kejohanan Dunia 2023 di Jerman serta dua kali membawa pulang perak di Kejohanan Asia 2022 dan 2024.

Firdaus kini mengalihkan tumpuan sepenuhnya ke Deaflympic Jepun dengan keyakinan luar biasa bahawa skuad boling mampu membawa pulang kejayaan.

“Saya yakin kami boleh bawa pulang pingat untuk Malaysia di Jepun nanti. Saya akan ikut setiap saranan jurulatih dan fokus penuh pada latihan,” ujar Firdaus.

Lebih daripada sekadar kutipan pingat, Firdaus melihat kejayaannya sebagai simbol bahawa atlet pekak juga mampu berdiri sama tinggi dengan atlet normal.

“Kemenangan ini membuktikan tiada diskriminasi dalam sukan. Kami juga mampu harumkan nama negara di pentas dunia,” katanya lagi.

Pencapaian Firdaus turut melonjakkan semangat seluruh skuad MSDeaf dalam usaha mengangkat martabat atlet pekak Malaysia di peringkat antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI