Jangan terlalu berkira dengan harta dan wang ringgit yang kita punya kerana setiap sen yang kita dapat sebenarnya ada hak orang lain padanya termasuk adik-beradik sendiri. - GAMBAR JANAAN AI

Adik-beradik penyambung rahmat Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Adik-beradik adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap manusia kerana datang daripada rahim seorag ibu yang sama.

Sebelum kita mengenal dunia luar dan sahabat hantai, adik-beradiklah yang membesar bersama kita sedari kecil. Kita bergelak tawa, menangis, kadang-kadang bergaduh bersama-sama dan mencipta dunia yang serba indah ibarat mencorakkan warna pelangi di kaki langit.

Semakin meningkat dewasa, ada antara kita semakin jauh hubungan dengan saudara mereka kerana kesibukan bekerja dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri. Jarang-jarang dapat bertemu mata, itu pun setahun sekali ketika Hari Raya Aidilfitri.

Namun tidak semua orang bernasib baik boleh mencipta hubungan baik dengan adik-beradik atas beberapa sebab dan lebih teruk mencipta perseteruan berpanjangan hingga sampai puluhan tahun tidak bertegur sapa.

Sesungguhnya, pergaduhan atau pertelingkahan antara adik beradik atau saudara kandung sebahagian plot normal dalam cerita mana-mana keluarga.

Ia mungkin disebabkan pelbagai isu seperti perebutan harta, perselisihan atau masalah keluarga lain dan sering kali mendatangkan kesan negatif kepada hubungan silaturahim dalam keluarga.

Jika ini terus berlarutan, ia adalah sesuatu yang merugikan kerana memutuskan hubungan lebih-lebih lagi dengan saudara seibu sebapa dengan kita adalah dosa besar dalam Islam.

Ketahuilah bergaduh dengan adik-beradik boleh menyebabkan keluarga kehilangan rahmat Allah.

Memutus silaturahim adalah dosa besar yang dapat menyebabkan berbagai balasan daripada Allah termasuk seperti azab dunia dan akhirat, ditolaknya amalan.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis : “Tidak akan masuk surga orang yang memutus (silaturahim).” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ini menunjukkan betapa beratnya hukuman yang akan diterima oleh sesiapa sahaja yang tidak menjaga hubungan dengan manusia lain lebih-lebih lagi saudara kandung.

Percayalah, seburuk mana pun adik-beradik, dia tetap darah daging kita dan sehina mana pun mereka tetap keluarga terdekat kita .

Jangan sesekali kita hanya melihat keburukan mereka hinggakan terlupa kebaikan yang ada kerana mereka ditakdirkan berlainan nasib dalam hidup.

Paling penting, terima adik-beradik kita seadanya dengan menghargai kelebihan dan kekurangannya. Mereka adalah darah daging yang tiada gantinya, hargailah hubungan hingga hujung nyawa.

Jika kita diberi rezeki yang lebih berbanding saudara sendiri, jangan kedekut atau lokek untuk membantu mereka yang susah dengan memberi sedikit bantuan kewangan.

Jangan terlalu berkira dengan harta dan wang ringgit yang kita punya kerana setiap sen yang kita dapat sebenarnya ada hak orang lain padanya termasuk adik-beradik sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN