fbpx
SELANGOR (jersi hitam) masih terluka ekoran kekalahan mengejut 2-3 kepada NSFC di Paroi pada Ahad lalu. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Selangor perlu lupakan kekalahan pahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menjelaskan pujian yang keluar daripada mulutnya hanya eksklusif buat pemainnya dan kini tidak rela lagi mengucapkan tahniah kepada pasukan lawan.

Selepas dikejutkan kekalahan 2-3 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Ahad lalu, jurulatih dari Jepun itu sudah memberi kata dua kepada barisan pemainnya supaya mengelak daripada melakukan kesilapan sama yang berisiko meletakkan pasukan dalam situasi sukar.

“Saya sudah tidak mahu mengucapkannya (tahniah kepada pasukan lawan) untuk perlawanan selepas ini. Saya tidak mahu menjadikan sukar sekali lagi dan kami kena lihat ke depan untuk hadapi perlawanan seterusnya.

“Saya beritahu kepada pemain, mereka perlu fikir untuk jadi lebih baik dalam perlawanan akan datang. Hanya itu saja yang saya katakan, jangan meletakkan kesalahan antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas lanjut tentang aksi menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini, Kinoshi mengakui Sang Penyu memiliki kualiti tersendiri, namun misi The Red Giants kekal sama untuk menghadirkan kegembiraan buat penyokong.

“Terengganu juga pasukan yang cukup tersusun dan memiliki jentera serangan bagus. Jika kami mahu jadi pasukan yang bagus, kami kena berdepan banyak perlawanan.

“Jadi sekarang kami kena fokus kepada perlawanan dengan Terengganu dan serlahkan identiti sebenar. Hanya itu caranya untuk jadi pasukan Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI