fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 6 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda negeri Selangor terutama di Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, cuaca buruk juga dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka pada petang ini.

“Amaran ribut petir juga dikenakan di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

“Di Sarawak pula amaran dikeluarkan bagi daerah Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang,” katanya.

Hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka melanda negeri Sabah terutama di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI