fbpx

Beruang hitam gigit punggung wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 3 Mei 2019 menunjukkan seekor beruang hitam dan anaknya.

JUNEAU, ALASKA – Seorang wanita di Amerika Syarikat digigit seekor beruang pada bahagian punggung ketika dia keluar membuang air besar di tandas sebuah tapak perkhemahan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Kejadian yang menimpa Shannon Stevens itu berlaku di tepi Tasik Chilkat, kira-kira 27 kilometer dari rumahnya di Haines dalam negeri Alaska.

“Saya masuk ke tandas dan duduk, namun ada sesuatu menggigit punggung saya. Saya melompat dan menjerit,” katanya.

Terkejut dengan gigitan itu, dia menjerit memanggil saudara lelakinya, Erik yang kemudian memeriksa kawasan tandas berkenaan dan menemui beruang tersebut.

Shannon, Erik dan teman wanitanya berlindung di dalam khemah mereka sepanjang malam dan menemui tapak kaki beruang di kawasan berkenaan keesokan harinya.

Ahli biologi tempatan, Carl Koch berkata, Shannon berkemungkinan digigit beruang hitam berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui.

“Dia mungkin satu-satunya individu yang ditimpa kejadian seperti ini,” katanya.

Mangsa hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.

“Saya tidak terkejut jika kejadian serupa pernah menimpa orang lain, namun untuk terse­rempak beruang ketika duduk di tandas pada Februari (hibernasi) dan digigit, ia jarang berlaku,” kata Shannon pula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI