fbpx
Antara barangan dan individu yang diperiksa dalam Op Gasak di sekitar Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Rakyat, Brickfields.

Peniaga haram warga asing di Brickfields kena angkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 10 warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram ditahan dalam Ops Gasak Siri 3/2025 di sekitar Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Rakyat, Brickfields, di sini baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya berkata, kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL) untuk tujuan dokumentasi.

“Hasil operasi tujuh premis dikendalikan warga asing ditutup di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Sebanyak 20 notis kompaun dikeluarkan dan 16 tindakan pindah halangan dibuat terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di kawasan awam,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu, KPDN mengeluarkan tiga kompaun bagi kesalahan penandaan harga dan dua kompaun berkaitan alat timbang sukat.

“Sebanyak 121 minuman keras pelbagai jenama dipercayai tiada duti cukai turut dirampas,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI