fbpx

Setia catat jualan RM1.186 bilion untuk suku kedua 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – S P Setia Bhd (Setia) mencatat peningkatan jualan sebanyak 34 peratus kepada RM1.186 bilion bagi suku kedua  tahun kewangan 2025 (Q2 FY2025) berbanding RM883 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

,Sepanjang tempoh kajian ini, momentum jualan terus meningkat dari suku ke suku, terutamanya disumbangkan oleh projek-projek domestik Kumpulan.

Bagi separuh pertama FY2025, jualan kebanyakannya datang daripada projek domestik iaitu sebanyak RM1.42 bilion atau kira-kira 75 peratus daripada jumlah jualan, manakala projek antarabangsa menyumbang RM480 juta atau 25 peratus daripada jumlah jualan.

Kawasan Tengah mencatat jualan sebanyak RM955 juta, manakala Kawasan Selatan menyumbang RM430 juta dan sepanjang tempoh ini, Setia telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM1.90 bilion.

Daripada segi hasil pula,  Setia merekodkan RM944 juta dalam Q2 FY2025, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hasil pembangunan tempatan.

Bagi separuh pertama FY2025, Setia mencatat hasil sebanyak RM1.71 bilion dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM337 juta.

Kumpulan juga terus mengurangkan pinjaman, dengan nisbah hutang bersih semasa pada kadar 0.34x, sejajar dengan strategi pengurangan hutang Kumpulan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, prestasi Kumpulan  pada suku ini mencerminkan usaha berterusan dalam menyampaikan produk berkualiti serta mempelbagaikan portfolio, di samping kekal berwaspada terhadap cabaran pasaran.”

“Dalam keadaan pasaran semasa, unjuran kami kekal berhati-hati tetapi optimistik, sambil kami terus mencari peluang untuk memperluas kehadiran dalam segmen pertumbuhan tinggi yang disasarkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pada masa yang sama, yang sama, Kumpulan akan terus mempercepatkan pembangunan perbandaran berimpak tinggi, taman perindustrian lestari, kerjasama strategik serta memanfaatkan penciptaan nilai merentasi koridor pertumbuhan utama.

Sehingga 30 Jun 2025, Setia mempunyai unjuran jualan belum dibilkan sebanyak RM3.9 bilion, dengan 42 projek yang sedang berjalan, baki bank tanah seluas 2,077 hektar serta Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berkesan berbaki sebanyak RM90.18 bilion. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI