fbpx
Mohamad ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau, 2025, hari ini.- Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Penguatkuasaan perlu adil, tidak tumpu satu pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penguatkuasaan undang-undang mesti dilaksanakan secara adil dan tidak tertumpu kepada satu pihak sahaja termasuk ke atas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, dalam apa jua pergeseran, setiap tindakan akan mengundang reaksi dan meminta semua pihak supaya bertenang.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu telah dipanggil polis untuk memberi keterangan dan hadir dengan misi damai, bukannya untuk mencetuskan huru-hara.

“Pihak beliau diprovokasi, tetapi nasib baik tiada insiden tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian serentak Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, negara mempunyai undang-undang yang mesti dihormati oleh semua pihak.

Beliau menyifatkan pengibaran bendera secara terbalik sebagai sensitif dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan kerana boleh menjejaskan keharmonian negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI