fbpx
AEDY FADLY (tengah) menunjukkan antara kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury di JPJ Negei Johor, Taman Daya, Johor Bahru, kelmarin.

JPJ sita Rolls-Royce, tak bayar cukai jalan RM29,000 setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebanyak 270 buah kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memiliki cukai jalan (LKM) dan insurans dalam Ops Luxury yang dilancarkan di seluruh negara sejak bulan lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, antara kenderaan yang disita adalah kepunyaan selebriti, pempengaruh dan ahli perniagaan termasuk warga asing.

Katanya, dalam tempoh dua minggu, Kuala Lumpur merekodkan jumlah sitaan tertinggi dan antara kenderaan yang disita ialah Ferrari, Lamborghini atau Rolls-Royce.

“Ops Luxury yang diadakan di seluruh negara sejak 1 Julai lalu bertujuan untuk menahan dan mengambil tindakan ke atas kenderaan mewah yang tiada cukai jalan serta insurans.

“Kenderaan itu akan ditempatkan di premis JPJ negeri selagi pemiliknya tidak menjelaskan saman, memperbaharui cukai jalan dan insurans,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Negeri Johor di Taman Daya, di sini, kelmarin.

Aedy Fadly berkata, dalam Ops Luxury di Johor, pihaknya menahan sebanyak 11 buah kenderaan mewah termasuk sebuah Lamborghini Huracan dengan cukai jalan RM12,000 setahun.

Dalam operasi sama di Kuala Lumpur, JPJ menyita pula sebuah kenderaan Rolls-Royce yang cukai jalannya bernilai RM29,000 setahun.

“Antara alasan yang kerap diberikan oleh pemilik kenderaan mewah adalah terlupa, namun ada juga yang sengaja tidak bayar walaupun mampu. Paling lama yang kita kesan tidak bayar cukai jalan lebih tiga tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI