fbpx
Syafiq Kyle dipilih sebagai penerima trofi 'Rising Icon' Festival Filem Asia Pasifik ke-62.

Syafiq Kyle terima trofi ‘Rising Icon’ Festival Filem Asia Pasifik ke-62

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Terus mencipta magis tersendiri, pelakon Syafiq Kyle diumumkan sebagai penerima trofi Rising Icon Festival Filem Asia Pasifik ke-62.

Pengiktirafan diumumkan sewaktu majlis sidang media Festival Filem Asia Pasifik ke-62 yang berlangsung di ibu kota sebentar tadi.

Bagaimanapun, Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, tidak hadir ke majlis berkenaan dan sekadar membuat ucapan menerusi sebuah video.

“Saya rasa sangat bersyukur atas peluang mewakili Malaysia di pentas rantau ini dan tak sabar untuk bersama anda semua pada malam anugerah tersebut yang akan berlangsung pada Disember nanti. Jumpa anda di sana,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem di Asia Pasifik, Pansha berkata, Syafiq dipilih kerana prestasi cemerlang aktor itu di layar perak dengan membintangi beberapa buah filem blokbuster seperti Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga.

“Syafiq dipilih oleh jawatankuasa kecil Festival Filem Asia Pasifik. Kami melihat dia mempunyai potensi besar sebagai seorang pelakon filem di masa hadapan.

“Anugerah ini adalah motivasi untuknya serta pelakon-pelakon agar terus bekerja keras dan berikan hasil terbaik dalam kerja mereka.

“Kita kena iktiraf bakat muda juga. Bukan asyik beri anugerah kepada pelakon veteran sahaja,” katanya.

Festival Filem Asia Pasifik ke-62 bakal menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah buat tahun kedua berturut-turut yang akan berlangsung pada 29 November hingga 6 Disember 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI