fbpx
EKITIKE berjaya meletakkan Liverpool di depan, namun mereka gagal mempertahankan kelebihan apabila tewas pada penentuan penalti. - AGENSI

Slot belum mahu rasa panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot enggan panik dengan kekalahan pasukannya pada aksi Perisai Komuniti menentang Crystal Palace di Stadium Wembley kelmarin.

The Reds dua kali mendahului, namun Palace bangkit untuk meraih kemenangan 3-2 pada penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

“Kami adalah Liverpool dan tekanan terhadap kami sentiasa ada. Sekali pun kami membawa masuk 10 pemain ataupun tidak, tekanan sentiasa akan wujud setiap kali kami menyarung jersi Liverpool,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, penjaga gol Crystal Palace, Dean Henderson muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan dua sepakan pemain Liverpool yang diambil Alexis Mac Allister dan Harvey Elliott, manakala sepakan Mohamed Salah melambung tinggi.

Bagaimanapun, ada perkembangan positif dipamerkan The Reds apabila pemain baharunya, Hugo Ekitike, Jeremie Frimpong dan Florian Wirtz mula menyerlahkan kualiti yang diharapkan.

“Inilah pemain yang kami bawa masuk dan menelan belanja besar, jadi mereka tahu bagaimana untuk mengawal tekanan. Kedua-duanya (Wirtz and Ekitike) tahu untuk bermain dengan baik,” katanya.

Dalam masa sama, Slot mengakui kesukaran untuk mendapatkan pemain baharu selepas ini dan mengakui anak buahnya kini perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan aspek menyerang serta bertahan.

“Dua pemain baharu kami, Ekitike dan Frimpong berjaya menjaringkan gol, namun Palace yang memenangi perlawanan. Palace cemerlang di babak kedua dan menyerlahkan kelemahan kami di mana kami kena tampil lebih baik lagi ketika bertahan,” katanya.

Kini Slot hanya memiliki masa kurang seminggu untuk perbaiki kelemahan pasukan sebelum memulakan saingan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Anfield, awal pagi Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI